Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) telah diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemberbadanan) 1952 pada 31 Julai 2013 bersamaan 24 Ramadan 1434H. Ia adalah sebuah gerakan berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal sehingga wujud ekosistem yang subur dan pelaksanaan nilai-nilai daripada al-Quran.
Projek utama adalah:
Rumah Ngaji diwujudkan sebagai platform untuk mengajak masyarakat kembali kepada Al-Quran dengan pendekatan mudah, mesra dan inklusif.
Rumah Ngaji ialah salah satu platform untuk orang ramai belajar AI-Quran bermula dari peringkat asas. Rumah Ngaji ditubuhkan dengan satu tujuan iaitu ingin memberi pendidikan aI-Quran kepada orang ramai agar masyarakat Iebih dekat dan cintakan aI-Quran, dalam masa yang sama menjadikan aI-Quran sebagai Iandasan dalam kehidupan. Rumah Ngaji adalah kelas pengajian Al-Quran percuma untuk masyarakat dengan tajaan komuniti setempat. Tajaan yang diperlukan adalah dari segi tempat (set-up Rumah Ngaji), guru, utiliti, kit pengajar dan untuk kawasan yang tidak mampu adalah buku pelajar. Dari sudut misi, kita hasratkan agar Al Quran ini kita baca, fahami, hayati dan amalkan sehingga Iahir akhlak sebagai Muslim Sejati. Oleh kerana itu, modul dan isi kandungan yang dijalankan di Rumah Ngaji perlu; dari tidak boleh baca Al Quran ke boleh baca, Insha Allah dan modul untuk mencintai, fahami, hayati dan amalkan Al Quran melalui Iatihan Mukjizat Al Quran, Ibrah, Tadabbur & Tazakkur.
Bersama Membina Ummah Al-falah
Berikut adalah soalan yang sering ditanya berkenaan Rumah Ngaji.