Tadarus dan Sinopsis 30 Juzuk Al-Quran

27 February 2025

Madinah Ramadan, Kota Bharu, Kelantan

Tadarus dan Sinopsis 30 Juzuk Al-Quran
Butiran Program
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNNK) dengan sukacitanya menjemput Rumah Ngaji, Kumpulan Tadarus dan individu di mana sahaja anda berada, untuk menyertai Program Tadarus & Sinopsis 30 Juzuk Al-Quran pada bulan Ramadan 1446H.
🌿 Kaedah Pelaksanaan Program
✅ Tadarus & Bacaan Sinopsis
📍 Peserta boleh menjalankan sesi tadarus dan bacaan sinopsis di lokasi masing-masing.
📍 Nota Sinopsis 30 Juzuk akan diberikan kepada ketua kumpulan atau individu yang menyertai.
📍 Setiap sesi tadarus dimulakan dengan bacaan nota sinopsis mengikut juzuk hari tersebut.
✅ Penyertaan Kuiz Online
📍 Setiap kumpulan digalakkan menyertai Kuiz Online - Sinopsis 30 Juzuk sepanjang program berlangsung.
🌙 Majlis Khatam & Penutup Program
📅 24 Ramadan 1446H*l
📍 Madinah Ramadan, Kota Bharu, Kelantan
📍 Sempena World #QuranHour
Kembali ke Halaman Utama